ANGGOTA polis yang menyiasat di lokasi kanak dua tahun ditanam .
Gombak . Seorang lelaki dan ibu kanak lelaki berusia 2 tahun , Muhammad Umar Haiqal Mohd Hazlee yang di pukul sehingga mati sebelum mayat mangsa di tanam di sebuah kawasan hutan diGunung Brinchang , Cameron Highlands  di reman se minggu bermula semalam .

Kereta Volvo740 milik lelaki ter babit yang juga teman lelaki ibu mangsa turut dirampas polis kerana ia dipercayai digunakan untuk membawa mangsa sebelum di tanam .


Ketua Polis Daerah Gombak AsistenKomisioner Abdul Rahim Abdullah ber kata, lelaki berusia 42 tahun itu di tahan tengahhari kelmarin iaitu di rumah sewanya di Bandar Country Homes , Rawang, dekat sini dan ibu mangsa berusia 28 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan .

Menurutnya , wanita terbabit yang juga anggota polis melarikan diri daripada tugas sejak dua tahun lalu dan tinggal bersama teman lelaki nya yang dikenali pada 2010 .


“ Kedua - dua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan . Polis percaya sepanjang kanak-kanak terbabit dijaga ibunya dan lelaki terbabit, mangsa sering didera ,” kata nya .


sumer:harian metro
kad kahwin murah



Leave a Reply.